Entry kali ni berguna sikit sebab aku nak cerita pasal pengalaman aku pergi temuduga SPA. Tempat temuduga di SPA Kota Bharu. Masa dan tarikh temuduga haritu ialah 20 Mac 2019 pada pukul 10 pagi.. hahaha.. aku rasa kelakar lah tulis cenggini. rasa macam bukan diri aku.. tapi tidak mengapa lah.. bukan ada yang kenal pon aku sape.
Ok.. untuk makluman, temuduga kali ini merupakan temuduga SPA aku untuk kali yang ketiga.. Jawatan yg sama iaitu Penolong Jurutera Gred JA29 (Elektrik). Yang pertama seingat aku masa aku tahun 1. Ok, utk makluman lagi, aku sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda.. Untuk jawatan PJ tu guna result diploma aku lah kiranya.. Iv first tu utk KKR (Kementerian Kerja Raya). Iv second utk JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran). dan yg ketiga utk KKR lagi.. eh.. rasanya terbalik.. first JPS, second KKR dan third pon KKR jugak. malas bebel panjang2.... aku kongsikan soalan2 yg aku ingat lahh..
1.
soalan famous waktu IV.... Perkenalkan diri.. Tiga2 IV mmg mula dgn soalan ni.. Utk makluman, IV SPA tiga2 aku pegi ni memang dalam BM. Interviewer 2 org.. utk JPS 2 org laki, utk KKR yg second IV tu sepasang, laki dan perempuan, dan yg latest aku pegi tu dua2 perempuan. IV yg latest tu soalan dia macam ni la lebih kurang "Sila perkenalkan diri, latar belakang akademik dan pengalaman kerja". mcam tu kot xsilap.. aku xsure pengalaman kerja dia tanya utk first soalan atau utk next seterusnya.
Aku cerita utk IV aku yg latest dulu.. payah campur2 ni.. pening. aku yg tulis ni pon dah pening, apatah lagi yg membaca.. tu pun kalau ada org baca lah.. haha. utk IV aku yg latest ni, aku baru tahu atau baru kali ni macam ni iaitu sorg interviewer tanya pasal apa yg ada dalam resume kau (mengenai diri kau lah kalau ayat simple). dan sorg lagi tanya pasal technical knowlegde kau.
Utk pendekkan cerita.. Penemuduga yg pertama aku tu tnya soalan satu tu pasal perkenalkan diri. tanya pasal pengalaman kerja.. kalau tak pernah kerja, dia tanya pasal latihan industri.. nasihat aku, sila explain secara terperinci apa kau buat masa kau praktikal tu.. pastu dia tnya pasal skop tugas PJ. PJ ni buat apa. lagi...dia tanya pasal isu2 masa praktikal. aku bebel2 pasal masalah kat tempat praktikal aku tu, dia tnya masalah tu boleh settle tak.. bla3.. pasal praktikal mmg kena terang detail laa senang cerita. pastu, dia aku lepas diploma kau buat apa sebab aku grad diploma 2016, aku IV 2019. sebab utk iv ke 3 ni aku tak letak pasal degree aku. dgr pendapat ramai2 org la katakan. padahal boleh je kau letak pasal degree kau walhal kau pegi iv guna diploma kau.. melainkan kau ada master dan kau pegi iv diploma.. tu tak leh lahhh.. tu yg aku tanya staf SPA situu..
aku rasa aku kena sambung lain kali. ada masalah sikit, tata